www.infaqharta.com.my

Mengenai Kami

Mengenai Kami

www.infakharta.com merupakan sebuah digital platform untuk orang ramai melakukan tiga konsep P, iaitu Peduli masyarakat, Perkongsian harta, dan Pelaburan akhirat. Kami juga turut mempunyai visi untuk menjadi platform infak harta #1 di Malaysia

Platform ini diwujudkan pada September 2023 sebagai langkah pertama dengan hasrat untuk membantu menyiapkan prasarana Pondok Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah AQSA (PONDOK AQSA) yang berlokasi di Lot 6134, Mukim Chegar Galah, Kuala Kangsar, Perak.

Sedikit latar belakang PONDOK AQSA, tercetusnya idea pembinaan PONDOK AQSA ini adalah berdasarkan ilham daripada Imam Muda Jabar bagi menyediakan satu tempat untuk orang awam menimba ilmu agama di situ khususnya dalam pengajian Al-Quran dan Al-Hadis. Di samping itu, di PONDOK AQSA ini juga memperkenalkan konsep rekreasi dan riadah di sekitar kawasan seluas 10 ekar.

Bagi merealisasikan impian ini, akan dibina sebuah surau, dewan pengajian, dewan makan, 30 unit chalet pondok, petting zoo, kolam ikan, stable kuda, trek ATV dan scrambler.

Kami juga berhasrat untuk berkolaborasi dengan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan, untuk menjayakan platform ini agar menjadi sumber penyampaian maklumat dan perolehan dana bagi menjayakan usaha dan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan dalam dan luar negara.

 

Join telegram kami di #infakharta dalam menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan!

Telegram
WhatsApp
en_USEnglish