www.infaqharta.com.my

Kata Aluan Penasihat

Kata Aluan Penasihat

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Selamat datang kepada semua pengujung laman web INFAQHARTA. Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya saya dapat merakamkan sedikit kata alu-aluan di laman web ini.

Segala puji bagi Allah dan kami memohon pertolongan-Nya, memohon keampunan dan lindungilah kami dari segala keburukan jiwa dan dari segala keburukan amal. Limpahkanlah selawat dan salam bagi junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan para sahabat.

Laman web ini dibina khas demi merealisasikan niat untuk membantu pembangunan prasarana Pondok Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah AQSA @PONDOK AQSA yang berlokasi di Lot 6134, Kg Jarau, Mukim Chegar Galah, Kuala Kangsar, Perak. Di samping itu, portal ini juga akan membantu fasiliti kemudahan yang ada di pondok ini dan juga membantu kempen-kempen infaq derma dari pihak-pihak lain. Maka disini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha pembinaan laman web ini serta kepada semua penyumbang, pewakaf, infaq yang meyakini usaha kami ini.

“Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) iaitu seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai: tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui”. (Surah Al-Baqarah: 261)

Besarlah harapan kami agar segala usaha baik ini akan mendapat sokongan dan dokongan daripada semua pengunjung sekalian. Tiadalah kebaikan itu melainkan ia akan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran oleh Allah SWT, sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Sekian, wassalam

Imam Muda Jabar
Penasihat Pondok AQSA, infaqharta.com.my

Telegram
WhatsApp
en_USEnglish